Sejarah

Sejarah

SMK Sanglang memulakan sesi persekolahannya pada Disember 1991 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Sanglang,Perlis. Ia dibuka dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada para pelajar di sekitar kawasan Sanglang yang selama ini terpaksa menyambung pelajaran menengah mereka di SMK Syed Saffi , SMK Sanglang,Kedah dan juga SMK Ayer Hitam,Kedah.
    Bilangan tenaga pengajar pada sesi 91/92 ialah 11 orang guru. Bilangan pelajar pada tahun itu ialah 79 orang. Pada 6 Julai 1996 pelajar SMK Sanglang telah berpindah ke bangunan baru yang dibina atas tapak seluas 4.2 hektar. Mulai sesi 1997 juga sekolah ini membuka kelas empat aliran teknikal. Kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan SPM di sekolah ini ialah pada tahun 1997 iaitu seramai 65 orang.
    Pada 26 Jun 1998 bersamaan 2 Rabiulawal 1419H, pembukaan SMK Sanglang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ( Menteri Pendidikan Malaysia)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | khai Template | khai Template
Copyright © 2011. SMK Sanglang Perlis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by khai Template
Proudly powered by Blogger